"HENDAKLAH KAMU MENJADI ORANG2 RABBANIYYIN(YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN ILMU DAN AMAL YANG SEMPURNA) KERANA KAMU SENTIASA MENGAJARKAN ISI KITAB ALLAH DAN KERANA KAMU SELALU MEMPELAJARINYA".(AL-IMRAN:79)

href="http://islamic-animation.blogspot.com/" title="Free Islamic animation codes click here!">
Mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain.

Digital Date Time Clock

PENGUNJUNG TERKINI BLOG LAH

free counters

SEMBANG BERSAMA BLOG LAH /JEJAK TEMAN BLOG LAH

ShoutMix chat widget

iluvislam

iluvislam

CARIAN TEPAT DARI BLOG LAH/BANTUAN GOOGLE.

DISEDIAKAN OLEH BLOG LAH/POPULAR .

Rabu, 4 Mei 2011

PERINGATAN UNTUK DIRI

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." Surah Hud [11:113]
Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

MESTI BACA /UNTUK DIRI

HAMKA (1908 - 1981)

HAMKA (1908 - 1981)
Ulama dan ahli Politik yang terkenal di Indonesia dan Asia Tenggara. Pemimpin Majlis Ulama Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Tahun 1964 dipenjarakan oleh Pres. Sukarno dirumah.

NELSON MANDELA ( 18 JULAI 1918 - )

Nelson Mandela ( 18 Julai 1918 - )
Pejuang Hak Asasi Manusia, Pejuang Anti Apartheid dan Presiden Kulit Hitam Pertama Afrika Selatan. Pemenang Noble Peace Prize 1993 ini pernah dipenjara selama 27 tahun. UN telah mengistiharkan 18 Julai adalah "Mandela Day" sempena harijadi beliau.

MARTIN LUTHER KING, JR. PHD (15 JAN 1929-14 APRIL 1968)

Martin Luther King, Jr. PhD (15 Jan 1929-14 April 1968)
Pejuang Hak Asasi terkenal di Amerika. Lelaki termuda menerima Nobel Peace Prize (1964). Dibunuh ketika berusia 39 tahun di Memphis. Terkenal dengan ucapan " I Have a Dream"..

CUT NYAK DIEN (1850 - 1908)

cut nyak dien (1850 - 1908)
Pahlawan Aceh berhati waja melawan penjajah Belanda sehingga keakhir hayatnya. Seluruh keluarga turut terkorban melawan pihak imperialis. Ditangkap dan dibawa ke Banda Aceh. Akhirnya dibuang daerah ke Jawa Barat.

BETAPA NIKMATNYA..... MAKAN DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN....!!!

MALCOM –X (1925 – 1965)

Malcom –X (1925 – 1965)
Seorang pejuang Hak Asasi Manusia, pengasas Muslim Mosque, Inc, akhirnya menjadi Sunni Muslim. Pernah dipenjara selama 10 tahun dan menjadi jurucakap Black Muslim. Ahli politik ini dibunuh sewaktu berucap di Manhattan pada Feb. 1965.

JOSÉ RIZAL (1861 -1896 )

José Rizal (1861 -1896 )
Seorang doktor, penyair, penulis drama, pengarang novel dan pelopor masyarakat terbuka. Dituduh menggulingkan kerajaan penjajah dan akhirnya dihukum tembak sampai mati diusia 35 tahun. Hari peringatan kematian Jose Rizal adalah 30 Disember dan adalah hari cuti di Filipina.

DATO' SHEIKH AZMI AHMAD (1943 - 2008)

Mufti Pulau Pinang (1992 - 1997) dan Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang (1998 - 1999). Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) (Feb - April 1999). Naib Pres. keADILan (1999 - 2004). Seorang yang intelektual, Ulamak besar dan pakar Undang-undang akhirnya menjadi seorang ahli politik untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

DATO' ONN JAAFAR (1895 -1962)

Menteri Besar Johor,(1946) pengasas dan Pres. UMNO yang pertama dan juga menubuhkan RIDA (MARA). Keluar dari UMNO dan menubuhkan parti berbilang kaum yang pertama iaitu Parti Negara. Seorang yang berani dan tetap disanjung ahli UMNO sehingga sekarang.

ABRAHAM LINCOLN (1809 –1865)

Abraham Lincoln (1809 –1865)
Presiden Amerika Syarikat yang ke 16 (1861-1865) juga presiden yang terunggul dalam sejarah Amerika serta Presiden pertama dari Parti Republikan. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama dibunuh kerana menentang perhambaan.

PAK NATSIR (1908 - 1993)

pak natsir (1908 - 1993)
Perdana Menteri Indonesia (1950 - 1951) juga seorang Ulama dan ahli pemikir Indonesia abad ke 20 yang paling berpengaruh. Dan dipenjara (1961 - 1965) kerana tidak bersetuju dengan polisi Pemerintah.

HELEN ADAMS KELLER (1880-1968)

HELEN ADAMS KELLER (1880-1968)
Seorang buta, pekak dan bisu. Akhirnya menjadi seorang penulis, ahli politik, pejuang hak asasi pekerja dan pensyarah terkenal di Amerika, Eropah serta Asia.

MESTI BACA....!!!

MESTI BACA....!!!
Buku ini sangat memberi perangsang dan semangat kepada mereka yang membacanya baik secara spiritual, mental dan fizikal untuk terus mengharungi kehidupan yang agak mencabar pada masa depan....!

PEGUAM HAK ASASI MANUSIA, SDR RAZAK AHMAD, (1939-2007)

Pada tahun 1975, ditahan ISA kerana memperjuangkan hak peneroka bandar di Tasek Utara. Apabila Presiden Israel melawat Singapura pada tahun 1986, Razak telah membaring di atas landasan keretapi sebagai tanda bantahan beliau, dan beliau terpaksa diheret keluar oleh pihak polis. Berkorban seumur hidupnya demi menegakkan prinsip keadilan dan hak-hak asasi.

KIM DAE-JUNG

Kim Dae-jung
Presiden Korea Selatan (1998-2003), pernah dipukul, diculik, dipenjara dan pernah dijatuhkan hukuman mati sebelum menjadi Presiden dalam membela kebebasan dan keadilan. Pemegang Nobel Peace Prize 2000.

MAHATMA GHANDI (1869 - 1948)

MAHATMA GHANDI (1869 - 1948)
"Man is nothing. Napoleon planned much and found himself a prisoner in St. Helena. The mighty Kaiser aimed at the crown of Europe and is reduced to the status of a private gentleman. God has willed it. Let us comtemplate such examples and be humble."

Bencana alam, kematian, majlis perkahwinan dan seumpamanya kita boleh duduk bersama.

Kepada semua wanita jangan lupa bawa surat nikah di Acheh.

Hati-hati dengan Musang berbulu ayam.

Ledakan Bom Atom di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Pembentukan awan ini dipanggil 'The Fat Man Mushroom' setinggi 18 km (11 mi, 60,000 ft)

Ledakan Bom Atom di Hiroshima pagi 6 Ogos 1945. Senjata yang digugurkan bernama 'Little Boy'

Walaupun Hatinya Keras Namun...

Kalau berselisih faham dengan isteri eloklah bawa diri..! Dah tenang... baru balik rumah.

Orang lain tak berhak untuk menghalang saya ketawa.

Lebih baik berkata benar dari kaki mengampu..!

Hendaklah berlaku adil walaupun ...musuh kita sendiri..!!

Walaupun hatinya keras namun....

Erti Kasih Seorang Ayah..

hidup penuh masalah.../Sebab Hati Tidak Bahagia

hidup penuh masalah...

ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.
Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.
Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.
Jalan meraih ketenangan
Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.
Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.
Menjadikan al-Quran sebagai wirid
Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.
Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.
Ulama berkata: “Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri’ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami.
“Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya.”
Menyelami kitab-kitab ahli hikmah
Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.
Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.
Justeru, pada minggu ini kita tinggalkan dahulu tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan dan kami ingin membawa saudara merenung satu lagi kalam hikmah yang dipersembahkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al-Sakandari r.a tentang istiqamah dalam perhambaan.
Istiqamah dalam perhambaan
Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.
Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”.
Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.
Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.
Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.
Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.
Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim Ibnu Adham.
Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: “Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”
Begitu juga Fudhail Ibnu ‘Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.
Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.
Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)
Allah SWT juga berfirman :
Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56).
Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman:
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.
Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya”.
Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan ‘ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.

Sebab Hati Tidak Bahagia

Sebab Hati Tidak Bahagia

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam

mesej dari Tuhan

mesej dari Tuhan

Allah tidak menjadikan sesuatu peristiwa secara percuma, sebaliknya adalah untuk manusia mengambil iktibar daripadanya.Sifat manusia yang sering terlupa itu perlu sering di beri peringgatan agar tidak terpesong dari landasan sebagai seorang hamba.
Allah ingin memperinggatkan manusia bahawa Dia berkuasa melakukan sesuatu pada bila-bila masa sahaja.Allah boleh menggerakkan sebahagian daripada makhluknya untuk peringatan kepada manusia. Antaranya makhluk Allah adalah laut, angin, haba, hujan atau gunung ganang. Ilmu yang Allah berikan kepada kita amat sedikit sehingga secanggih mana pun alat yang mampu manusia cipta untuk meramal kejadian yang akan berlaku tetap tidak dapat mengatasi kuasa Allah swt.

Allah mahu manusia mengenali diri dan sedar akan kemampuan Allah Yang Maha Agung. Manusia diingatkan bahawa yang lebih kekal adalah akhirat. Jangan angkuh dengan apa yang di miliki kerana ia akan di tarik sekelip mata dan menjadikan kita merana dalam penuh hina. Mereka dialpakan dengan habuan dunia serta menganggap mati itu masih jauh lagi. Allah ingin mengingatkan, kudrat manusia itu sangat lemah dan rapuh.

Allah ingin mengingatkan manusia tentang kemusnahan total yang bakal berlaku. Dunia ini akan digoncang pada hari kiamat dan manusia jadi tidak menentu serta bingung lalu hancur bersama harta-harta mereka.Gempa yang berlaku baru bawah 10 sekala Richter, bagaimana pula jika berlaku pada 20 atau 40 atau 100 skala Richter? Maka bumi yang sangat kecil ini akan musnah dalam masa tiga hingga empat minit sahaja! bukit dan gunung ganang akan hancur menjadi debu. Bacalah Al-Quran yang banyak menceritakan tentang apa yang bakal berlaku dan pasti berlaku.

Paling penting dari kejadian bencana ialah Allah mahu mengingatkan manusia yang sesat dan enggan bertaubat agar kembali kepada ajaran Islam. Apakah perlu diturunkan bala di depan mata untuk membuatkan mereka sedar, itu pun jika mampu membuat mereka insaf dalam erti kata sebenar.