"HENDAKLAH KAMU MENJADI ORANG2 RABBANIYYIN(YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN ILMU DAN AMAL YANG SEMPURNA) KERANA KAMU SENTIASA MENGAJARKAN ISI KITAB ALLAH DAN KERANA KAMU SELALU MEMPELAJARINYA".(AL-IMRAN:79)

href="http://islamic-animation.blogspot.com/" title="Free Islamic animation codes click here!">
Mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain.

Digital Date Time Clock

PENGUNJUNG TERKINI BLOG LAH

free counters

SEMBANG BERSAMA BLOG LAH /JEJAK TEMAN BLOG LAH


ShoutMix chat widget

iluvislam

iluvislam

CARIAN TEPAT DARI BLOG LAH/BANTUAN GOOGLE.

DISEDIAKAN OLEH BLOG LAH/POPULAR .

Isnin, 9 Mei 2011

Kalau Sayalah Jadi Pemimpin

Kalau Sayalah Jadi Pemimpin



  


Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,


saya tak tahu mana nak lari,

sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.

Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan.

Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan.

Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan.

Dan Islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan.

Tuan Menteri rasa Tuan mahu lari ke mana?



Kalau sayalah jadi Tuan ketua,

boleh beruban saya hari ke hari,

memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.

Sudahkah rakyat terbela?

Sudahkah yang miskin diberi makan?

Yang muda diberi pendidikan,

yang kaya dibersihkan hatinya.

Yang tua diberi cinta,

dan yang kecil pula sentiasa dibina.



Kalau sayalah jadi Tuan Patinggi,

saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.

Sebab saya mati nanti, anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.

Kerna saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.

Dan saya juga risau melihat di kiri kanan jalan mereka,

tak berumah, tak berdapur, tak belajar,

tak punya hidup seperti saya.

Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?



Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Patinggi.

Saya tak mampu berbuat macam kamu.

Tuan-tuan semua memang hebat.

memang amanah, memang kuat, memang mantap.

Tuan-tuan sudah membela rakyat.

Tiada lagi rakyat  miskin tertindas.
Tiada lagi jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya.

Tiada lagi tanah peribumi dijual dan digadai.

Tiada lagi anak-anak muda berseronok terbiar.

Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar.


Syurga untuk Tuan-tuan... 


Syurga untuk Tuan-tuan... 

Kalaulah syurga itu yang Tuan mahukan...



MUTIARA HATI BERINTI

SEINDAH KASIH-MU

Tuhanku...
kiranya inilah ujian-Mu
aku redha..
biarpun terlalu payah untuk kujalaninya.

Tuhanku..
kiranya telah Kau suratkan
aku sendiri begini..
aku pasrah..
kerana telah kuyakini
sepi itu indah
seindah kasih-Mu
Ya Allah...

BICARA AKAL & FIKIR

Manisnya kejayaan 
apabila jalan-jalan yang terpaksa kita tempuh ke arahnya 
adalah berliku dan penuh duri. 

Yang senang itu 
indahnya sementara 
tapi yang sukar untuk diraih... 
indah dan manisnya menggetar jiwa 
apabila kejayaan itu 
telah menyentuh hidup kita 
dengan amat payah dan sukar
sekali...

Harta akan bertambah,
.. mungkin berkurang
jasad akan hancur...
tapi kenangan tetap hidup selamanya
selagi kita mampu mengingati.

Bila tiba masanya
setiap yang kita dampingi dan sayangi
tidak lagi mampu kita sentuh dengan pandangan mata..
saat itu hanya kenangan yang akan menyedarkan kita tentang sebuah kewujudan.

Hari-hari yang berlalu tetap ada sebagai memori
hari-hari mendatang tetap akan kita lalui
masa.. tetap berjalan pada jalannya
dan kita.. antara hari dan masa itu..
perlu bijak mengatur langkah
agar tidak hilang dalam kalut diri.

Berpadalah dalam memberikan kasih
juga beringatlah dalam menyemai sayang
agar bila kecewa berada antara keduanya..
diri masih punya cinta...

TAHUN 2012

Yea!!! Filem yang dinanti2 oleh semua umat manusia kini dah masuk panggung!! Adik2, abang2, kakak2, pakcik2 n makcik2,kalau ade mase terluang tu, bawak2 la diri gi tengok cite nie ye!! =) Tip top! Anda semua xkan rugi ahh laburkan duet untuk beli tiket wayang tengok cite nie! Filem nie aku nak panggil filem+cukup+lengkap arr coz semua ada! Aksi ade, humor ade, sedih ade, kecanggihan grafik ade, dan yang penting mesej kepada semua umat manusia tu ade!

Haaa,yang belom ade kelapangan lagi nak tengok cite 2012 nie, bace review ni dulu sket, kot2 la terus tgerak hati nak gi tengok ke... ;-)

Sebelom2 nie ade sesiape penah dengar x pasal golongan cerdik pandai terkemuka kat Amerika ade buat kajian pasal kalendar kaum Mayan yang mengatakan dunia ni akan tamat tempohnya pada 21hb Disember 2012... Bukan berdasarkan kalendar tu je, malah dah banyak bukti2 serta tindak balas-tindak balas yang berlaku kat atas bumi nie yang menyokong kenyataan bahawa dunia nie akan sampai tempoh akhirnya pada tahun 2012 tu...

Cerita 2012 nie cite pasal tu lah.... bermula pada tahun 2009, seorang pengkaji dari India perasan yang Bumi menjalani tindak balas yang berbeza daripada biasa,di mana air dalam bumi menjadi semakin menggelegak.. Banyak lagi benda2 yang berlaku yang membawa kepada keputusan eksperimen iaitu Bumi akan mengalami kemusnahan yang amat dasyat pada tarikh 21.12.2012!

Lumrah manusia nie, kalau boleh mestilah nak lari daripada menghadapi kematian...so pihak Amerika yang dah tau pasal tarikh 
21.12.2012nie telah menjalankan satu projek secara rahsia menyiapkan kapal yang kononnya mampu menahan sebarang impak dari luar sebagai persediaan menghadapi hari menakutkan tu... Kapal tu mempunyai had bilangan penumpang... Korang bayangkanlah, kalau dunia nie akan musnah, dan korang ade peluang untuk naek 1 kapal, sape je yang akan korang pilih untuk ikot korang naek kapal tu... it's a very hard decision,ryte?! Hmmm,disebabkan ramai orang2 berkuasa besar yang diberi peluang naek kapal tu, maka yang penumpang2 lainnye pun mestilah hulur2 duit jugak semate2 nak selamatkan diri sendiri..

Seorang penulis buku,pemegang watak utama filem nie secara kebetulan mendapat tahu tentang hari kemusnahan tu dan juga projek rahsia pembinaan kapal tu tanpa berfikir panjang mengangkut semua ahli keluarga dia menghadapi apa saje halangan untuk sampai ke tempat projek pembinaan kapal tu dengan harapan dorang pun dapat naek jugak kapal tu untuk selamatkan diri. Mase dalam perjalanan tu, Bumi dah sedikit demi sedikit musnah. Gempa bumi yang amat besar, rekahan2 di tanah, bangunan2 runtuh, mase nie la korang dapat tengok!

Aku agak kecewa semasa adegan melarikan diri daripada ditelan bumi nie coz kurang diselitkan babak2 yang dapat menyedarkan dan menginsafkan para penonton! Tapi ia lebih kepada babak yang mendebarkan, di mana korang akan rase seolah2 tengah maen game kereta yang nak lari daripada terkena letupan kat belakang... Kan best kalau mase nie die tunjuk keadaan manusia berlari ketakutan, menjerit menghadapai hari kemusnahan tu...

Kapal-kapal yang telah lama diusahakan oleh buruh2 Cina tu bersedia untuk menjalankan tugas... Air dari kesan Tsunami yang amat besar hampir menenggelamkan seluruh dunia. Hanya orang2 yang tertentu sahaja boleh menjadi penumpang kapal tu... Tiba2, sesuatu yang amat mengejutkan berlaku pada salah sebuah kapal tu... Pintu kebalnya xboleh ditutup menyebabkan ia tidak boleh dihidupkan....Impak Tsunami semakin hampir... mampukah "jutawan2" dalam kapal tu mengambil tindakan membetulkan kerosakan yang berlaku?? Atau munculkah wira kepada umat manusia di saat genting tu?? Atau.....setakat tu saje pengakhiran makhluk yang bernama 'manusia' di planet Bumi ini...?
Jomm,ramai2 beli tiket 2012 untuk mengetahui kesudahan cerita BOMBASTIXX nie! =)

Emmm,nasihat kepada yang belum tengok lg cite nie... marilah kita bukak minda kita menerima setiap mesej yang ada dalam cita nie.. ada 1 part dalam filem nie tunjuk orang pegang signboard yang tulis "REPENT, THE END OF THE WORLD IS NEAR".... ada jugak ayat2 macam soh kita selesaikan urusan kita ngan tuhan terlebih dahulu...
Kepada yang dah tengok pulak,kemusnahan dunia diterjemahkan melalui kecanggihan grafik dalam cite nie... Korang nak tunggu kemusnahan tu betul2 jadi depan mate ke baru nak dekatkan diri dengan Tuhan...? Kalaulah betul la "hari" tu akan terjadi pada 2012, kita adalah antara orang yang akan menghadapi kemusnahan yang amat dahsyat tu...
Bayangkanlah.....